Wednesday, August 31, 2005

Pengakuan seorang penyambung warisan yang terlampau


Sempena Hari Merdeka ni, semua orang tgh cakap betapa bangganya mereka menjadi seorang anak Malaysia dan ini membuatkan aku tertanya-tanya, hebat sangat ke Malaysia ni? Oleh itu, aku nak cuba bandingkan, mana lagi best? Tinggal di Malaysia ke tinggal di US, memandangkan US adalah satu-satunya negara yg aku pernah duduk selain dari Malaysia. Takkanla aku nak bandingkan dengan Kazakhstan ye tak?

Mari kita mulakan...

Kat sana boleh sewa video (masa aku duduk sana takde vcd/dvd lagi) cite baru2. Bandar kecik tempat aku duduk tu pun ada 3 kedai sewa video, semuanya dalam kejauhan berjalan (walking distance). Kat sini ada jugak kedai video sewa tapi cite Hindustan, drama cina, drama korea banyak la. Baru2 ni ada yang mula buat khidmat sewa DVD tapi sewanya mak datuk mehel...

Kat sana dulu macam2 cita aku boleh tengok. Bukan saja cite baru, cite lama pun ada. Aku dapat tengok 12 Angry Men dan To Kill a Mockingbird. Sampai sekarang aku masih mencari dvd nya. Kalau aku ada kat US dah lama dah boleh beli kat Amazon.com. Kalau kau nak cite2 lain pun ada seperti.... cite ehem ehem tu... kalau muka kau tebal la nak masuk bilik "For Adults Only". Selain daripada tu aku juga berpeluang melihat cite antarabangsa seperti Seven Samurai, Harakiri, Ran, Cinema Paradiso dan lain2 lagi. Aku dapat sewa pelbagai Anime termasuk la yang ber-rated 'R'.

CD music jangan cakap la. Nak beli CD terpakai pun boleh. harga pun lagi murah. Jimat kos. Kualiti masih bagus. Sama jugak dengan buku. Buku baru murah la jugak. Kalau pergi Wal-Mart dapat lagi murah, pergi kedai buku terpakai lagila murah.

Kat sana boleh beli buku dari Amazon.com. Kat sini tak boleh.

Kat sana ada Saturday Night Live, Jay leno, Conan O'Brien, South Park. Kat sini ada David Letterman je.

Malaysia - kerja part-time RM5-50 sejam (kadar lumayan jugak ni) ~~ Harga purata CD artis tempatan RM35 ~~ Harga purata novel PB tempatan RM25 ~~ Dengan pendapatan satu jam boleh makan McDonald, itupun kena tambah sikit.
US - kerja part-time US$5-15 sejam (lebih kurang sama dengan sini) ~~ Harga purata CD artis tempatan US$14 ~~ harga purata novel PB tempatan US$6.99 ~~ Dengan pendapat sejam boleh makan McDonald dan masih ada duit lebih.

Kat sana ada panggung wayang US$1. Walaupun cite lama kira ok la tu, takde la terasa ketinggalan zaman sangat.

Kat sana perpustakaan awam dia teramatla best. Buku dia banyak... yang terbaru pulak tu. Jangan cakap buku, CD lagu pun boleh pinjam. Kat sini perpustakaan awam dia

Kat sini harga minyak asyik naik je.

Kat sana concert best2. Aku dapat tengok Live dan Dave Matthews Band. Kat sini paling best pun Alanis Morisette itupun 10 tahun yang lalu. Nak dapatkan CD Dave Matthews Band pun susah. Tah apa kena tah.

Kat sana ada kedai 24 jam macam Wal-mart dan Kroger. Kat sini tak ada.

Kat sana susah betul nak jumpa tol. Sepanjang dua tahun aku duduk sana pernah jumpa tol sekali je. Kat sini jangan cakap la. Nak pergi rumah kakak aku yang sejauh 15 km tu pun dah kena tol sekali.

Sukan kat sana memang seronok. Universiti aku ada kumpulan bola keranjang yang paling best dalam NCAA. Dah berapa kali dah juara. Masa aku kat sana, sekali naib juara, lepas tu juara balik Aku dapat tengok negeri kediaman aku lawan hoki ais. Walaupun dia kalah dalam sesi mati tiba2 (sudden death) pada hari tu aku memang puas hati melihat aksi2 hebat dan pantas dari team aku. Aku juga belajar serba sedikit pasal American football, juga satu permainan yang menarik. Kat sini ada bola sepak, ada badminton. Itupun tah apa2 tah. Kejap best kejap tak best. Kejap menang tapi selalunya kalah je la.

Kat sana penapisan tak ketat sangat. Kat sini macam 'tut' je dia orang potong sana potong sini.

Kat sana aku kena bayar cukai. Kat sini tak payah.

Kat sana kicap mahal. Kat sini murah. Ayam pun mana2 boleh dapat. Kat sana kena beli kat masjid je.

Kat sana makan kena jaga. Kat sini boleh lantak apa2 je asalkan ada tanda halal.

Kat sana kalau nak bercuti mesti kena naik kapal terbang. Kat sini naik bas je dah cukup.

Kat sana ada ribut taufan, ribut salji dan gempa bumi. Kat sini paling teruk pun ada banjir. Tsunami tu aku rasa sekali dalam seribu tahun la kena. Kat sana tiap2 tahun ada je kes bencana alam.

Kat sana ada bangunan kena bom. Kat sini tak ada.


Kat sana ada Ku Klux Klan. Kat sini ada lebih dari 3 kaum tapi tak gaduh pun.


Itulah hakikatnya saudara saudari sekalian. Sehebat manapun sesuatu negara tu ada jugak kelemahannya. Aku lagi sanggup menghadap jerebu tiap2 hari kat sini daripada orang letupkan tempat kerja aku atau tengok budak2 umur baru 13 tahun dah kena pegang senapang.

Aku pernah jumpa orang Malaysia yang tak suka duduk kat sini. "Duduk kat (apa2 negara) lagi best la. Banyak kebebasan." Macam ni la... Kalau kau benci sangat duduk kat sini, anda dengan segala hormatnya dipersilakan migrate. Kita orang pun tak hingin orang macam awak tinggal kat negara ni.

Yang mengaku bangga jadi anak Malaysia tu pulak mesti ingat, negara kita ni masih ada banyak lagi ruang yang perlu dibaiki. Kalau nampak sesuatu yang korang tak suka, cuba ubahkan. Jangan la sikit2 harap kerajaan. Nak tunggu ada kempen, baru nak ada kesedaran. Dah buat iklan baru nak ikut contoh. Jangan pulak setahun sekali je nak tunjuk sayangkan negara.

Sekarang sudah masuk waktu 11:55 malam. Nampaknya saya berjaya berbelog dalam BM. Setinggi tahniah dan terima kasih saya ucapkan pada Sang Mata kerana menganjurkan kempen istimewa ini.

Mari kita laungkan bersama-sama...

Malaysia Boleh!
Keranamu Malaysia!
Sopan Santun Budaya Kita!
Katakan Tidak!
Berhati-hati di Jalan Raya!
Gadis Kampung Celup boleh!
Mawi Benci Dadah!

Alamak... lebih2 lak...

Saya yang menjalankan tugas,
Gadis Kampung Celup
yang bangga bergelar penyambung warisan

No comments: